Berita Hangat : Pit Stop P1 Putra Heigts Bakal Ditutup

Berita terbaru kami terima, pit stop p1 wimax di putra height bakal gulung tikar kerana tidak tahan demgan kejian dan makian pengguna p1.

pit stop p1 kini bukan lagi tempat membuka akaun ataupun membayar bil, tetapi cuma sebagai kaunter untuk menyemak status hentian langganan p1 wimax pengguna.

maklumat ini dikongsi di fb group p1 wimax suck

ps:
jika anda berada berdekatan dengan booth atau tapak jualan p1 wimax dan anda jumpa promoter mereka sedang menerangkan kepada pengguna baru

anda harus mengikuti langkah yang digunakan saudara kita dengan menceritakan kepada bakal mangsa tentang beribu pengguna p1 telah dictos dan bil akan dicaj kepada mereka walaupun connection mereka teruk. sila share dan bantu kawan/keluarga anda sebelum menjadi mangsa p1 seterusnya

berkhidmat untuk negara
tun bin tum

Monday 23 December 2013
Posted by p1wimax

P1 Akan Menyaman Artikel / Post / Blog Yang Memburukkan Imej P1

Kepada semua blogger-blogger yang mengepostkan sebarang fitnah atau memburukkan imej P1 Wimax anda mungkin bakal menghadapi tindakan undang-undang jika tidak memadamkan artikel/post/tulisan anda dalam tempoh masa 48 jam

Jika ada terbukti bersalah blogger bakal dikenakan Kanun Kesiksaan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502. Jika seseorang disabitkan mengikut kanun jenayah berkenaan, ia membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sekali lagi P1 Wimax menggunakan kuasa peguam mereka untuk mengancam / mengugut blogger dari melaporkan penindasan dan penipuan P1 Wimax.

Ancaman ini seharusnya perlu dipandang serius pihak berkuasa, kerana sehingga hari ini, masih tiada sebarang tindakan dari SKMM keatas penipuan modus perniagaan P1 Wimax.

Jika pihak berkuasa masih lalai menjalankan tanggungjawab mereka, ini akan memberikan impak negatif lebih-lebih lagi kepada generasi muda bahawa kerajaan hanya bertindak menjaga badan korporat berbanding rakyat yang ditindas.

Melalui kemudahan internet yang kini begitu meluas digunakan, wajah dan realitinya, kisah berbelas ribu pengguna P1 yang ditipu P1 Wimax tanpa sebarang tindakan bantuan pihak berkuasa akan terus tersebar dan ini memburukkan lagi kepimpinan kerajaan.

link group: https://www.facebook.com/groups/159121421506/
Mangsa P1 Wimax terkini: 17,330 orang

Dianggarkan negara kini memiliki hampir 500,000 blog dan pengendali laman blog tertinggi di dunia selepas Eropah dan Indonesia. (2008)

Sunday 22 December 2013
Posted by p1wimax

Baju P1 Wimax Suck Laku Ibarat Goreng Pisang Panas

Group P1 Wimax Suck setiap hari makin membesar, hari ini sahaja jumlah mangsa penipuan P1 bertambah kepada 17,245 orang.

Setiap hari, ada sahaja kes2 baru yang dilaporkan pengguna.. kebanyakannya baru tersedar setelah nama mereka tersenarai didalam CTOS... rujuk disini http://on.fb.me/1gAWd6v

Aduan demi aduan telah dihantar kepada pihak berkuasa tetapi sebarang tindakan belum kelihatan, samada aduan2 pengguna disapu dibawah karpet, ataupun hak pengguna tidaklah sebesar jasa P1 kepada negara..

kecewa dengan apa yang berlaku dan tanpa sebarang tindakan pihak berkuasa, mangsa2 sepertu gwe hanya mampu melepaskan perasaan kecewa ini dengan memakai baju P1 Suck ditempat2 awam bagi menyedarkan masyarakat diluar sana bahaya mendaftar dengan P1 Wimax, penipuan ini harus dihentikan...

Duit darah & peluh gwe tidak patut dibayar sesen pun kepada ceti haram seperti P1..

Oleh itu gwe dah tempat kedua2baju ini untuk dipakai ke kenduri kahwin, shopping mall dan yg penting depan booth P1..

Jika anda antara user yang telah terkena dengan penipuan P1 marilah kita sama2 membeli baju ini dan bagi kesedaran kepada  supaya tidak terkena mcm kita, ambil gambar dan post di laman web P1 Wimax Suck dan gwe akan publish disini...

ataupun jika anda ingin membantu kami menyebarkan kes2 penipuan P1 bleh jugak tempah baju sekarang..



order disini: http://on.fb.me/1hue9xk




order disini: http://on.fb.me/1clgBqg




Saturday 21 December 2013
Posted by p1wimax

Petition Bantah Penyelewengan P1 Wimax



Bantahan Penyelewengan P1 Wimax

Petition published by Ahmad Shukri on Dec 15, 2013
15,861 Signatures 
Target: SKMM
Region: Malaysia

Petition Background (Preamble):

Dear members,

The purpose of this group is to stand for our rights as a P1 wimax subscriber to demand better service and not suffer from their ads campaign.

1. Cancellation fees should be F.O.C since service provider can't provide what stated on their headline ads as Fastest and uninterrupted.

2. Charges should be according to the current situation which automatically reduce until full restoration on speed and no call require to demand for discount / less.

3. Clear our names from CTOS.

4. Be more ethical on Promotions and Campaign.

Please report your problem to SKMM and please write in details your problem and your claim.

Petition:

We, the undersigned, call on the SKMM to eliminate the P1 Wimax Company.
Thursday 19 December 2013
Posted by p1wimax

Taktik Keji: P1 Hantar Surat Lawyer Palsu Kepada Pelanggan


Surat perintah yang dihantar menggunakan Letterhead Foong Hoe Advocate & Solicitors dipercayai tidak sah kerana individu (Ms Nila) yang menghantar surat peguam ini tidak dikenali dalam premis lawyer firm tersebut.

Berikut dari hasil selidik salah seorang pengguna di P1 Wimax Sucks



Identiti Ms Nila sangat meragukan, dan dipercayai sebenarnya adalah pekerja P1wimax, maksudnya P1 menggunakan taktik kotor untuk menipu pelanggan



Jadi, sapa2 yang menerima surat lawyer tersebut, jangan gabra.. apa yang perlu anda lakukan adalah attach ssurat tersebut dan emailkan kepada Bar Council diatas penyalahgunaan syarikat guaman, tiru ayat dibawah dan hantar kepada : complaints-intervention@malaysianbar.org.my

The CEO
Bar Council Malaysia
13,15,17 Leboh Pasar Besar
50050 kuala lumpur

Dear sirs
Re: Use of Foong Hoe advocates & solicitors letterhead by unauthorised persons.

We refer to the above matter. Enclosed please find a copy of a letter using the letterhead Foong Hoe and another letter from a ms Nila of P1 wimax.

I wish to lodge a complaint against the above firm for 
1. Allowing an unauthorised person ie Ms Nila to sign on behalf of the firm.
2. Misrepresenting the public that this is a valid letter of demand from the firm.
3. Directing the public to liase directly with the clients.
4. Directing the public to may payments directly into the clients account instead of receiving payments on behalf of clients.

I suspect that the firm has allowed clients to use its letterhead.

I hope to draw the attention of the Bar that this is unethical.

Kindly investigate this matter.

Thank you.



Wednesday 18 December 2013
Posted by p1wimax

20 Ugutan Dari P1 Memaksa Pelanggan Bayar Servis Mereka Yang Fail (gambar)


 P1 semakin ghairah menyenaraihitamkan pelanggan2 mereka, kadang2 angka yang tak masuk akal seperti hutang sebanyak RM73.++ je pun turut diCTOSkan. setiap hari Ugutan demi ugutan diterima pelanggan P1, bukan saja servis internet mereka tak boleh diharap, pelanggan pula terus terbeban untuk membayar perkhidmatan yang mereka tidak gunakan.

Kerakusan P1 mengutip hutang menjadi semakin ganas apabila mereka mengupah agen2 luar untuk mengugut pengguna, seperti yang mereka iklankan di akhbar dengan gaji lumayan sebanyak RM7000.00 sebulan, agen2 P1 semakin rakus 
  • mengugut,
  •  mendatangkan ketakutan kepada mangsa, 
  • mengganggu privasi mangsa, 
  • membuar mangsa semakin trauma, 
  • memaksa pengguna membayar jumlah yang tidak masuk akal dengan hutang P1 

dan pelbagai lagi ugutan untuk menakutkan pengguna2 P1 yang teraniaya...

Berikut 20 screenshot ugutan yang diterima pelanggan P1 


























Akhir sekali... jika anda terima surat saman dari lawyer P1, berikut adalah format yang harus dibalas..

(credit kepada pengguna di group FB  P1 Wimax Suck) 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dear sirs
I am in receipt of your letter of demand dated xxxxx.

Please note that before you commence legal action against me, you are advised to check the veracity of your clients claim.

If you choose to bring this matter to court, i will not hesitate to apply for this case to be struck off and you and your clients will be liable for costs. Or if your clients so wish, we could have this case go for full trial where we will be able to expose to the whole world your clients unethical methods and hooliganism. Do note the maxim that one should go to court only with clean hands. In this case your client has cheated thousands of customers.

The agreement for which you and your clients are relying does indicate that your clients were to have provided the "services" in which case your client had failed to do so which resulted in me not bound to fulfil my end of the contract. In any event in the agreement for which you are relying, i note that in the event i fail to pay your clients, your clients are bound to terminate the services. If you terminate the services, how can you now charge me for services that you had terminated?

If my monthly payment was xxxx per month and i failed to pay your clients then how did i owe your clients xxxxx?

As such I hereby demand from you and your clients to clear my name and delist my name from CTOS black list within 48 hours from the date of this letter at your clients own costs. 

By the way is Ms Nila a person who is authorised to sign on behalf of your firm? Because obviously her name does not appear on the letterhead.
We could report this matter to the Disciplinary Board of the Bar Council.

Thank you and as the saying goes, See you in court!
Posted by p1wimax

Langkah P1 Wimax men"CTOS" pelanggan yang teraniaya, undang kemarahan

Tindakan syarikat telco tempatan yang menyediakan perkhidmatan P1 Wimax mengguna khidmat CTOS dan pemungut hutang telah mengundang kemarahan ramai pengguna.

Ramai daripada pengguna malah bekas pengguna P1 Wimax naik berang apabila mendapati nama mereka telah disenarai hitam didalam sistem CTOS. Tindakan yang menyebabkan mereka yang disenarai hitam tidak lagi boleh membuat sebarang pinjaman dari institusi perbankan, tidak boleh menaiki kapal terbang keluar dari Malaysia atau lebih teruk di-istihar muflis.


Ramai daripada mangsa ini mendakwa mereka sudah pun membuat pembatalan langganan perkhidmatan, namun apabila mendapat tahu nama sudah disenarai hitam mereka dapati nama mereka masih berada didalam pengkalan data dan sejumlah bil masih tertangguh.

Disebabkan perkara itu jugalah yang membuatkan salah sorang mangsa telah mengamuk disalah satu kios P1 Wimax di Selayang Mall kelmarin.


(Gambar kejadian amuk di kios P1 Wimax di Selayang Mall)

Lantaran daripada tindakan P1 Wimax yang didakwa telah menipu ramainya pelanggan satu Group khas telah ditubuhkan dilaman Facebook. Group yang diberi nama 'P1 Wimax Suck' itu bertujuan menghimpunkan seramai mungkin mangsa-mangsa penipuan dan penindasan P1 Wimax. Sehingga saat artikel ini ditulis sudah ada seramai 14,715 orang telah menyertai Group tersebut.

Antara yang didedahkan didalam group tersebut ialah iklan P1.OneCollection yang mengkehendaki agen pungutan dengan tawaran pendapatan RM7000 sebulan. (Rujuk gambar dibawah)


Ada yang mencadangkan agar setiap mangsa membuat laporan polis, SKMM dan tribunal tuntutan pengguna bagi menyelesaikan kes ini. Namun langkah ini jika berjaya hanya menyelesaikan kes individu sahaja dan ianya tidak dapat menyelesaikan isu sebenar iaitu penindasan yang berlaku didalam program perkhidmatan P1 Wimax.

Memang benar pihak P1 ada mengikut landasan undang-undang, namun langkah yang diperkenalkan oleh P1 sebenarnya akan menyebabkan ramai pengguna terperangkap. Lagi-lagi buat pengguna yang kurangnya pendedahan dan kesedaran terhadap langkah serta protokol yang diambil oleh pihak P1 Wimax.

Jika sebelum ini hanya mereka yang terlibat dengan pinjaman dan pembiayaan bank berhadapan risiko senarai hitam CTOS, kini pengguna perkhidmatan internet sudah mula terdedah kepada risiko muflis.

Adalah lebih baik sekiranya pihak P1 menimbang kaedah yang digunapakai oleh syarikat YTL yang menyediakan perkhidmatan YES 4G. Dimana terdapatnya satu makanisma pemotongan perkihmatan automatik apabila tahap maksima bil sudah dipenuhi.

Sebagai contoh tahap maksima ditetapkan kepada RM200. Maka sekiranya bil tertunggak pengguna sudah mencapai jumlah maksima tersebut perkhidmatan akan digantung serta merta sehingga bil sudah dijelaskan. Jika makanisma ini diaplikasikan admin yakin tidak ada lagi kes bil tertunggak sehinga beribu ringgit yang mana ianya hanya lebih membebankan pengguna dan menguntungkan pihak pembekal. Satu bentuk penindasan yang halus. Setiap penindasan itu adalah zalim dan setiap yang zalim itu akan mendapat balasan yang buruk.
Posted by p1wimax

Popular Post

Labels

Followers

- Copyright © 2013 P1 Wimax Suck!! Most Slowest Broadband Malaysia -P1SUCK- Powered by Blogger Auto ping to