Posted by : p1wimax Wednesday, 18 December 2013

Tindakan syarikat telco tempatan yang menyediakan perkhidmatan P1 Wimax mengguna khidmat CTOS dan pemungut hutang telah mengundang kemarahan ramai pengguna.

Ramai daripada pengguna malah bekas pengguna P1 Wimax naik berang apabila mendapati nama mereka telah disenarai hitam didalam sistem CTOS. Tindakan yang menyebabkan mereka yang disenarai hitam tidak lagi boleh membuat sebarang pinjaman dari institusi perbankan, tidak boleh menaiki kapal terbang keluar dari Malaysia atau lebih teruk di-istihar muflis.


Ramai daripada mangsa ini mendakwa mereka sudah pun membuat pembatalan langganan perkhidmatan, namun apabila mendapat tahu nama sudah disenarai hitam mereka dapati nama mereka masih berada didalam pengkalan data dan sejumlah bil masih tertangguh.

Disebabkan perkara itu jugalah yang membuatkan salah sorang mangsa telah mengamuk disalah satu kios P1 Wimax di Selayang Mall kelmarin.


(Gambar kejadian amuk di kios P1 Wimax di Selayang Mall)

Lantaran daripada tindakan P1 Wimax yang didakwa telah menipu ramainya pelanggan satu Group khas telah ditubuhkan dilaman Facebook. Group yang diberi nama 'P1 Wimax Suck' itu bertujuan menghimpunkan seramai mungkin mangsa-mangsa penipuan dan penindasan P1 Wimax. Sehingga saat artikel ini ditulis sudah ada seramai 14,715 orang telah menyertai Group tersebut.

Antara yang didedahkan didalam group tersebut ialah iklan P1.OneCollection yang mengkehendaki agen pungutan dengan tawaran pendapatan RM7000 sebulan. (Rujuk gambar dibawah)


Ada yang mencadangkan agar setiap mangsa membuat laporan polis, SKMM dan tribunal tuntutan pengguna bagi menyelesaikan kes ini. Namun langkah ini jika berjaya hanya menyelesaikan kes individu sahaja dan ianya tidak dapat menyelesaikan isu sebenar iaitu penindasan yang berlaku didalam program perkhidmatan P1 Wimax.

Memang benar pihak P1 ada mengikut landasan undang-undang, namun langkah yang diperkenalkan oleh P1 sebenarnya akan menyebabkan ramai pengguna terperangkap. Lagi-lagi buat pengguna yang kurangnya pendedahan dan kesedaran terhadap langkah serta protokol yang diambil oleh pihak P1 Wimax.

Jika sebelum ini hanya mereka yang terlibat dengan pinjaman dan pembiayaan bank berhadapan risiko senarai hitam CTOS, kini pengguna perkhidmatan internet sudah mula terdedah kepada risiko muflis.

Adalah lebih baik sekiranya pihak P1 menimbang kaedah yang digunapakai oleh syarikat YTL yang menyediakan perkhidmatan YES 4G. Dimana terdapatnya satu makanisma pemotongan perkihmatan automatik apabila tahap maksima bil sudah dipenuhi.

Sebagai contoh tahap maksima ditetapkan kepada RM200. Maka sekiranya bil tertunggak pengguna sudah mencapai jumlah maksima tersebut perkhidmatan akan digantung serta merta sehingga bil sudah dijelaskan. Jika makanisma ini diaplikasikan admin yakin tidak ada lagi kes bil tertunggak sehinga beribu ringgit yang mana ianya hanya lebih membebankan pengguna dan menguntungkan pihak pembekal. Satu bentuk penindasan yang halus. Setiap penindasan itu adalah zalim dan setiap yang zalim itu akan mendapat balasan yang buruk.

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar menetapkan 21 Januari depan bagi sebutan semula kes seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ yang didakwa atas kesalahan mencabul seorang pelajar tingkatan tiga di rumahnya awal bulan ini.

    Keputusan itu diputuskan Majistret, Shah Wira Abdul Halim selepas tertuduh, Fadzil Hasan, 53, memohon satu tarikh lain untuk melantik peguam dalam membantunya membela diri dalam perbicaraan kes tersebut.

    Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di rumah lelaki itu di No 48 Jalan Melor Taman Pertama Sabak Bernam pada jam kira-kira 11.40 malam 6 Disember lalu.

    Tertuduh didakwa dengan sengaja memegang bahagian sulit di tubuh mangsa ketika gadis itu menemani bapanya menjalani rawatan kesihatan.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 10 tahun penjara atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada pertuduhan asal.

    Kes itu dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munirah Mansor.

    Sinar Harian 8 Disember lalu melaporkan, seorang gadis dicabul seorang bomoh.

    Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46, ingin mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut.

    Katanya, sebaik bapa mangsa tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan.

    “Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh gadis itu baring di ruang tamu rumah dengan ditutupi kain.

    “Suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di atas kerusi sambil suspek meneruskan rawatan ke atas mangsa kononnya ingin membuang hantu dalam badan gadis berkenaan,” katanya.

    Noor Mushar berkata, sebaik saja bapa mangsa duduk di kerusi itu, dia yang kepenatan terlelap kira-kira 20 minit dan apabila tersedar dari tidur, dia terkejut apabila mendapati bomoh terbabit sedang leka meraba badan anaknya.

    Berang dengan perlakuan jijik suspek, katanya, bapa mangsa terus mengajak anaknya itu pulang ke rumah.

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera Packet Buddy

    Terima kasih diatas komen tuan menuntut/mengarahkan membatalkan/menurunkan artikel artikel yang menjurung kepada memburukkan P1.

    Kami amat tertarik dengan komen tuan tersebut.

    Terima kasih juga kerana memberikan khidmat nasihat yang amat berguna dan seharusnya terpakai kepada semua termasuk pihak pengurusan P1 sendiri.

    Sepatutnya pihak P1 sendiri mengaplikasikan nasihat tersebut kepada cara pengurusan/pengendalian perkhidmatan sistem P1 sendiri.

    Ironinya setiap nasihat yang pihak P1 berikan untuk "lebih prihatin, bertanggungjawab serta beretika" gagal dipraktikkan oleh pihak pengurusan P1 sendiri, sehingga menyebabkan ribuan pelanggan P1 dan bekas pelanggan kecewa/tidak berpuas hati dengan perkhidmatan P1.

    Janji manis seperti "fastest broadband" langsung tidak ditepati.

    Dan apabila pelanggan menamatkan perjanjian sebelum atau selepas kontrak, pihak P1 akan terus mengambil tindakan yang tidak beretika, bertangungjawab mahupun prihatin.

    Inilah yang menyebabkan ramai pengguna pelanggan tidak berpuas hati dengan P1.

    Menyenarai hitamkan pelanggan diCTOS walaupun masih diperingkat dispute/dipertikaikan jumlah/amaun terhutang adalah satu tindakan samseng untuk memaksa pelanggan segera membayar walaupun jumlah adalah tidak betul/menasabah/tidak patut dan tidak melalui sistem proses adil.

    Tindakan inilah yang menyebabkan ketidak puasan hati ramai pelanggan.

    Ianya juga merupakan cara memfitnah pelanggan dan adalah kesalahan fakta yang memberikan tanggapan negatif/memalukan terhadap kedudukan kewangan kami walhal ianya adalah sebaliknya menyebabkan reputasi Menyenarai hitamkan pelanggan diCTOS walaupun masih diperingkat dispute/dipertikaikan jumlah/amaun terhutang adalah satu tindakan samseng untuk memaksa pelanggan segera membayar walaupun jumlah adalah tidak betul/menasabah/tidak patut dan tidak melalui sistem proses adil.

    Tindakan inilah yang menyebabkan ketidak puasan hati ramai pelanggan.

    Ianya juga merupakan cara memfitnah pelanggan dan adalah kesalahan fakta yang memberikan tanggapan negatif/memalukan terhadap kedudukan kewangan kami walhal ianya adalah sebaliknya menyebabkan reputasi ramai pelanggan dikompromi dan mengakibatkan kehilangan punca mata pencarian/kehilangan peluang pekerjaan dan credit standing yang buruk dalam mata khalayak ramai.

    Oleh itu kami memohon jasabaik tuan memadamkan hentikan tindakan menyenarai hitamkan nama senarai hitam CTOS dalam masa 48 jam.

    Sekiranya pihak P1 dan CTOS gagal berbuat demikian, pihak kami yang rasa dianiayai/tertindas/difitnah tidak akan teragak agak mengambil tindakan undang undang keatas P1 dan CTOS.

    Memetik kata kata tuan,"sekali lagi kami pohon jasabaik P1 agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika" dalam menguruskan perniagaan".

    Sekian. Terima kasih

    ps. Kemungkinan artikel ini mempunyai kesalahan fakta tetapi masihkan P1 ingat iklan iklan P1 bahawa P1 adalah the fastest broadband in Malaysia? Itu merupakan kesalahan fakta juga kerana P1 memperdayakan pelanggan dengan janji janji yang tidak dikotakan.

    ReplyDelete

Popular Post

Labels

Followers

- Copyright © 2013 P1 Wimax Suck!! Most Slowest Broadband Malaysia -P1SUCK- Powered by Blogger Auto ping to