- Back to Home »
- news »
- Syarikat P1 diserang 16,000 bekas pelanggan, ramai menjadi mangsa CTOS P1 Wimax
Posted by : p1wimax
Wednesday, 18 December 2013
Sekumpulan 16,000 pengguna P1 Wimax yang berang dengan servis P1 Wimax telah menunjukkan bantahan mereka ke atas P1 Wimax yang dikatakan menipu.
Laman web Facebook P1 Wimax Sucks yang mempunyai jumlah peminat yang lebih tinggi berbanding P1 Wimax sendiri turut menpersoalkan tindakan P1 mengenakan cas tambahan sehingga ke puluh-puluh ribu dan menyenaraikan hitam pengguna yang tidak membayar bil ke sistem CTOS.
Bagi pengetahuan semua, sekirannya nama anda disenarai hitam di sistem CTOS, maka, segala pinjaman yang berkaitan dengan bank untuk membeli kereta, rumah, kad kredit akan disekat. Nama pelanggan berkenaan akan kekal di dalam sistem CTOS sekiranya tiada bayaran diterima.
Kes kemarahan pengguna P1 Wimax semakin parah apabila satu pelanggan mengamuk di kaunter P1 Wimax di Selayang Mall. Skrinshot di bawah menunjukkan seorang pelanggan yang berang dan mengamuk di kaunter P1 Wimax.
Harap-harap pihak di P1 Wimax sedar akan kesilapan mereka dan jangan sesekali bertindak ikut sesuka-hatinya saja.
Pautan ke Facebook P1 Wimax Sucks Pautan
Kami di PCMamak memandang serius kes ini dan akan melaporkan perkembangannya selanjutnya.