- Back to Home »
- how to terminate »
- How to pay less for P1 ridiculous bill
Just ingin berkongsi tips kepada pengguna P1 yang merasa diri mereka telah dikenakan caj yang tinggi ataupun autobill sedangkan tidak lagi menggunakan modem P1, kami menemui cara untuk anda mengelakkan autobill dan membatalkan perjanjian 2 tahun P1 yang menganiaya pengguina itu, cara ini telah terbukti berjaya dan berlaku kepada salah seorang pengguna di Laman Facebook "P1 Wimax Suck".
Apa yang berlaku kepada MR. R? (pengguna P1)
Mr. R merasakan tertipu dengan iklan P1 yang keterlaluan laju sedangkan hakikatnya connection/speed P1 adalah antara paling buruk di Asia atau sekurang-kurangnya di Asia Tenggara. Selepas menggunakan modem P1 untuk beberapa ketika, Mr. R merasa sangat fed up dan berhasrat menghentikan langganan, tetapi wujud satu masalah iaitu perjanjian kontrak selama 2 tahun.
Perjanjian ini secara JELAS dan TERANG berat sebelah dimana tidak termaktub disitu P1 akan menyediakan kelajuan internet sedangkan pada bahagian pengguna pula mereka harus membayar tanpa gagal kepada p1 selama 2 tahun mengikut kontrak?
Masalah kedua pula, untuk menamatkan perjanjian ini, pengguna harus sendiri ke HQ P1 dan tidak boleh ditamatkan secara online (sedangkan untuk mendaftar boleh)... Ketiga: Apabila anda berjumpa dengan pihak Customer Care P1, mereka akan memberi pelbagai alasan, ayat2 untuk bersabar, cuba mendengar masalah anda dan kononnya akan membantu, mereka akan melengahkan hasrat anda sehingga anda fed up untuk menamatkan perkhidmatan dan akhirnya bil anda terus dicaj setiap bulan.
Itu yang sentiasa berlaku kepada pengguna P1, dan kerana itu ramai yang telah dikenakan CTOS, nama diblacklist dan tidak boleh membuat pinjaman di bank.
So Bagaimana MR. R berjaya mengurangkan hutangnya daripada RM2,334 kepada cuma bayar RM324??
Senang sahaja, anda hanya perlu menghantar email/mengisi borang laporan kepada SKMM dan disitu anda tulis dengan details masalah yang anda hadapi, kesan kepada anda, kesukaran yang anda alami, gangguan mental, fizikal dan moral kepada anda. dan tidak lupa kehilangan kasih sayang, hilang kewarasan serta pelbagai penyakit yang merbahaya yang boleh berlaku, sentiasa tokok tambah untuk membuatkan anda seperti hampir mati jika SKMM tidak membantu..
Selepas itu, pihak SKMM akan menghantar laporan anda kepada P1 dan.. beberapa hari selepas itu....tadaaaaa! bill anda yang berjumlah beribu2 atau beratus yang tak masuk akal akan berkurang dengan drastiknya.....
contoh seperti email yang dibalas dibawah
klik untuk besarkan... |
Link post: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381234841897923&set=o.159121421506
Cara ini masih baru dan freshhhhh cubaaaa segeraaaaa!!!! REPORT SKMM DISINI
>>>>>>>>http://aduan.skmm.gov.my/